SeTia HuJunG nYaWa..

~DuNia Ku~keHiDuPaN & keBaBaGiaN kU aNuGeRaH ALLAH YanG BeSaR nILaiNYA ~

Selasa, 8 Oktober 2013

Assalamualaikum...

hohohooo.....esok sy akan menghadiri seminar pengurusan inklusif ppki di hotel orient star, lumut selama 2 hari...terpaksa tgl sek slma 2 hari tp nasib la 2 hari tu kelas xbyk sgt..ermm..xla rs bersalah kwn2 kn relief...hehe.. sblm pg kursus sy kna prepare dlu la apa yg patut..hehee..tkt2 kna soal kang xtau nk jwb lak..hehehe...untuk makluman, thn nie sek sy dh inklusifkan 2 org murid di tahun 6 dh telah duduki UPSR baru2 nie..so far, ok la murid2 sy boleh suaikan diri dengan keadaan dalam kelas tersebut..tidak mendatangkan masalah sgt la.... ermmm...sebenarnya di sek kami ada guru khas yg diberi tugas tuk handle bab inklusif nie tp cmna ntah rezeki sy plak yg kna g kursus nie..tetiba ja naik nama sy..huhuu..so demi arahan org atasan sy pg jela.. xleh nk ingkar arahan..haha..ok la kt bwh nie sy kongsikan sedikit ilmu mengenai inklusif..sedikit jala..nk lebih lanjut pas abih kursus bru leh kongsi lg..hehe..

Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

Program Pendidikan Inklusif 
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).
  •             Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

  • Inklusif Separa


Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif 

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

Isnin, 7 Oktober 2013

Assalamualaikum...

~ Membaca Jambatan Ilmu ~

Maksudnya     : Amalan membaca dapat membantu  kita menambahkan pengetahuan.

Mmg la membaca nie dpt tambah ilmu kita..xrugi kalu kita rajin membaca..Semalam ms kuar jln2 ngn hubby terjumpa kedai buku di carrefour seberang jaya. nama kedai tu hasani books..msti semua org penah dgr kan sb agak familiar gak la nama kedai buku nie...dh lama xmsk kedai buku..almaklumla dh abis belajar..hehe...langkah ja msk kedai buku nie mmg la dh mcm semua buku nk beli...skrg nie semua buku cntik dh menarik..cover buku pon dh dpt menarik minat kita utk beli..mmg rambang mata la...ngn buku latihan tuk anak2 murid sek la..buku ilmiah la..semua berkenan..tp apakan daya kna save budget sb byk lg benda yg lebih penting nk beli..xpa2..buku kan xp ke mana bulan depan leh beli lg..hehe...
2 Buah buku yg agak menarik la bg sy..

Inilah bukunya..bulan nie berjaya beli 2 buah buku..tp xsmpat nk baca lg..hehee...beli ja dlu...tgk tajuk mcm best ja..ermm pasai harga plak, xla mahal sgt..mmg berpatutan la plak tu dpt less 5% lg kt kedai tu wlpn xdk kad ahli..klu ada kad xtau la less byk mn..smlm dh lewat xsmpat nk tya apa kelebihan kad ahli tu..next time la wat kad..leh g shopping buku sllu,,hehehe..

Nti dh bc sy update len..^_^